Sunday, October 10, 2010

versus

Assalamualaikum...

Hari ini,ana ingin menceritakan tentang novel yg ana telah bace..bukan ape,sekadar ingin mengulas karya hlovate itu..bagi ana selame ini,hlovate seorang penulis novel yg penuh dengan humor..namun,bagi karyanya yg bertajuk 'Versus' ini,ade kisah menariknye yg tersendiri...

Kali ini,hlovate mengetengahkan isu transformasi diri seorang Minn Edina dan juga Ashraff Omar..pada awal karya ini,telah diceritakan bahawa Minn Edina adalah seorang gadis yg memakai tudung dan menutup aurat..jikalau dia keluar bersama seorang lelaki,dia akan berada sejauh mungkin dari lelaki tersebut..bagi Ashraff Omar pula,dia adalah seorang skater yg sentiasa ke pub,sentiasa melepak tak tentu arah..namun,apabila dia berjumpa dengan Minn Edina,dia jatuh suka walaupun pada awalnya dia sangat2 geram dengan kerenah gadis tersebut..

Tetapi,setelah megetahui sikap asal Minn Edina,iaitu seorang skater sepertinya,dia juga ingin merubah dirinya menjadi seorang yg 'baik'(ha,disini bukan baik perilaku je tau..baik ni maksudnya mendalam)..maka,dia memulakan misinya untuk menjadi 'baik' dengan perlahan-lahan..hal ini terjadi kerana kekagumannya terhadap Minn Edina yg mampu merubah dirinya daripada seorang skater(budak jalanan)kepada seorang yg sopan santun dan menutup aurat..dan,misi itu juga dijalankan kerana dia telah berjanji dengan Minn Edina sendiri..pada ketika Minn Edina menolak cintanya buat gadis itu,dia membawa diri ke bumi Australia untuk menyambung pengajiannya dan membawa dirinya sekali..

Di Australia,Ashraff Omar bertemu dengan Brother Hairi lalu meminta bantuannya untuk menjadi seorang yg 'baik' secara menyeluruh..dua tahun kemudian,dia kembali ke Malaysia untuk bercuti..perubahannya yg mendadak itu telah membuatkan Minn Edina menanam tekad untuk menjadi seorang muslimah yg lebih baik dari sebelumnya..

Ok,stop di sini..ana tak nak cerita lebih..takut korg confius dengan bahasa ana yg tunggang langgang ini..hehe..maka,dari sini,kita boleh buat kesimpulan bahawa novel versus ini menceritakan tentang perubahan seorang manusia ke arah kebaikan..di sinilah maksud versus yg sebenarnya..versus kepada sikap asal..:) baik bukan bermaksud menutup aurat sahaja..tetapi,ianya adalah memahami dan mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian..oleh itu,marilah kita juga meng'versus'kan diri kita ini..hehe..bukan apa..kalo yg masih terkial2,berubahlah ke arah kebaikan..kalo yg dh sedia baik tu,berubahlah ke arah yg lebih baik..ana harap,ana juga dapat merubah diri ana ke arah kebaikan..Amiin..!insyaAllah..

No comments:

Post a Comment